[BERMULANYA 'NORMA BAHARU']
.
Sejak PKP fasa pertama pada Mac sehingga akhir April, saya 'terperangkap' di kampus. Tiada apa yang boleh dilakukan sangat semasa tempoh itu.
.
Perkara ini berlanjutan apabila saya balik ke rumah. Hingga satu hari, pihak universiti umumkan akan melaksanakan kelas atas talian. Saya mula runsing.
.
Mana taknya, pendapatan agak terjejas sejak PKP. Banyak perkara perlu dibayar. Yang paling penting ialah perlu langgan pakej internet yang sesuai untuk menghadapi kelas atas talian.
.
Nak minta pada keluarga pun malu. Boleh katakan pendapatan mereka kosong semasa PKP, maklumlah tiada orang yang masuk ke sini. Sekarang ini baru perlahan-lahan sektor pelancongan dibuka semula.
.
Jika sebelum PKP di kampus, kalau tiada duit boleh terus buka aplikasi Foodpanda dan mula ambil pesanan. Tapi sekarang Foodpanda tak boleh nak buat (kouta penunggang di sini agak terhad). Aktiviti latihan dan pengacaraan yang menjadi punca pendapatan sampingan juga tak boleh berjalan seperti biasa.
.
Nak dijadikan cerita, saya ternampak status WhatsApp sahabat saya Zahin Hafiz mencari ejen untuk jualan satu produk. Dipendekkan cerita, saya sertai beliau dan 'pecah tabung' untuk ambil stok. Maka bermulalah perjuangan untuk saya habiskan jualan Tepung BRONIS ni 😂
.
Sekarang dapat la masuk semula dalam bidang bisnes setelah sekian lama. Dulu ada la jugak jadi dropship.
.
Dulu, waktu pagi kelas, malamnya mesyuarat. Hari minggu di kuliah, hujung minggu di luar kampus. Sepanjang semester habiskan silibus, cuti semester sertai program kemasyarakatan dan latihan. 😬
.
Saya doakan semoga Allah permudahkan urusan kita semua dan kita diberikan rezeki yang melimpah ruah 🤲🏻
.
Afiq Danial Amir
Orang baru mula jual BRONIS @ Langkawi